REFLEKSI MINGGU 3
Pada minggu ini kami dikehendaki mencari bahan-bahan berkaitan etika penggunaan bahan dalam laman sesawang. Kami juga diajar bagaimana cara membuat “brosur” dan “power point” berkaitan etika peggunaan internet.
Sebelum ini saya menggunakan internet tampa mengetahui bahawa penggunaan internet juga terdapat etika yang perlu dipatuhi. Setelah membaca etika penggunaan internet ini saya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet serta mencari bahan dan menggunakan bahan yang saya peroleh agar tidak mengainaya pengguna internet lain serta tidak menciplak hak orang lain. Kerana semua itu melanggar etika penggunaan internet.Setelah mengetahui mengenai etika penggunaan internet ini saya merasakan ianya amat perlu untuk panduan kita selaku pengguna internet. Menggunakan internet secara beretika adalah amat perlu untuk menjaga hak kita dan hak orang lain di sekeliling kita.
Bagi pembuatan “brosur” pula walaupun ini bukan kali pertama namun saya jarang menggunakan perisaian tersebut membuatkan saya seperti oreng yang hilang arah semasa membuat “brosur” tersebut. Namun dengan ajaran dan rujukan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami serta rakan-rakan akhirnya saya telah berjaya membuat “brosur” walaupun tidak secantik mana namun saya gembira kerana itu merupakan hasil kerja saya.
Dalam pembuatan “power point” pula saya merasa agak mudah sedikit kerana saya sudah biasa menggunakannya. tetapi bagi saya walaupun saya sudah biasa menggunakan perisiaan ini namun ilmu yang ada masih terlalu sedikit. Maka belajar dan terus belajar adalah jalan terbaik untuk menambah ilmu.