MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
[sunting]MorfemMorfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem terikat/imbuhanMorfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
- Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
- Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "undian, minuman"
- Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
- Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Golongan kataDalam bahasa Melayu, terdapat dua kata kumpulan, iaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula ialah kumpulan kata tertutup contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya.