REFLEKSI KESELURUHAN
Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigma diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Pengajaran dan pembelajran berbantukan komputer merupakan satu kaedah yang diambil oleh para pendidik untuk menyahut seruan kerajaan.
Sebagai seorang pendidik kita hendaklah pandai menarik minat pelajar agar sentiasa bermotivasi untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Seperti mana menurut Moores 1987, kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Dari itu kita tidak harus terikat dengan pengajaran tradisional semata-mata pada zaman serba moden ini. sebagai seorang guru yang bijak kita hendaklah berusahan agar menjadi seorang yang lebih berilmu dari pelajar kita. Jika kita berangapan pada zaman kita tidak pernah wujud pengajaran berbantukan komputer kita tetap boleh berjaya itu salah, pada zaman kita tidak wujud kemajuan seperti sekarang, pelajar juga tidak sehebat sekarang maka dalam tuntutan menjadi "role model" kepada pelajar, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan segala kemahiran terutama sekali yang bersangkut paut dengan teknologi yang serba moden ini.
pengajaran berbantukan komputer ini juga bukan saja dapat membantu guru untuk lebih memahami dan mendalami ilmu berkaitan komputer dan teknologi malah pengajaran berbantukan komputer ini boleh memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat secara jelas melalui perbezaan keputusan peperiksaan di sekolah bandar yang mempunyai kelengkapan serta mengunakan teknologi moden dalam pembelajaran dan sekolah luar bandar yang hanya menggunakan cara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya berasa amat bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna untuk saya selaku bakal guru pada masa akan datang. Malah mempelajari cara penggunaan komputer ini bukan sahaja boleh membantu saya membuat alat bantu mengajar yang menyeronokkan bahkan boleh saya adaptasikan dalam bidang pengurusan di sekolah nanti.