SEJARAH
Kajian Sejarah Tempatan memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar mengkaji aspek-aspek sejarah yang ada di sekeliling mereka. Melalui pengkajian ini, kemahiran sejarah seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus maklumat dan fakta-fakta sejarah dapat dipertingkatkan. Pengalaman ini dapat membolehkan pelajar peka dan berminat terhadap sejarah.