KESIHATAN
Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidupsihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.