PUISI KLASIK ATAU TRADISIONAL
Pantun
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional yang dianggap paling popular.antara ciri-ciri pantun ialah :
Walau bagaimanapun, jenis pantun yang masih popular sekarang ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat.
Contoh:
Sudah gaharu, cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Selain daripada itu terdapat juga pantun empat kerat yang dikenali sebagai pantun berkait iaitu pantun yang terdiri daripada beberapa rangkap yang saling berkait antara satu sama lain. Misalnya baris kedua dan keempat pada rangkap yang terdahulu dulang pada baris pertama dan ketiga dalam rangkap yang berikutnya.
Contoh:
Tabur bayam di pangkal tebu,
Buang jerami berikat rotan;
Laksana ayam kehilangan ibu,
Begitulah kami kehilangan tuan.
Buang jerami berikat rotan,
Lurutkan minyak ke daun padi;
Begitulah kami kehilangan tuan,
Yang banyak menabur budi.
Syair
Syair terdiri daripada empat baris atau empat kerat seperti pantun juga. Tetapi bunyi rima di hujung barisnya adalah sama atau selari “aa aa”. Syair tidak mempunyai pembayang maksud sebaliknya syair biasanya mempunyai tema yang tertentu yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan sebagainya. Isi syair berkisar di sekitar sesuatu kisah sejarah, misalnya Syair Singapura Dimakan Api, Syair Sultan Mahmud. Rangkap-rangkap syair terbentuk secara berurutan antara satu sama lain, malah keempat-empat baris dalam serangkap syair adalah bersambung juga. Ianya sedemikian supaya sesuatu buah fikiran dan cerita dapat disampaikan sebagai sati wacana yang lengkap.
Contoh ;
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Ilmu alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Haamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Terdapat enam jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu yang didasarkan pada isinya iaitu;
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional yang dianggap paling popular.antara ciri-ciri pantun ialah :
- Serangkap pantun atau seuntai pantun terdiri daripada dua bahagian.
- Dua kerat pertama, yakni baris pertama dan kedua disebut pembayang maksud atau sampiran.
- Dua kerat yang akhir, yakni baris ketiga dan keempat merupakan maksud pantun.
- Bahagian sampiran biasanya berisi ibarat atau misalan yang membayangkan apa-apa yang dikemukakan dalam bahagian maksud pantun.
- Bahagian maksud pula mengandungi isi sebenar yang hendak disampaikan.
- Bunyi suku kata hujung pantun mesti sama
- Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris pertama dipadankan dengan suku kata di hujung baris ketiga.
- Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris kedua pula dipadankan dengan suku kata di hujung baris keempat.
- Hal yang demikian membentuk bunyi atau rima “ab ab”.
- Tiap-tiap baris dalam serangkap pantun yang baik harus mempunyai lapan hingga dua belas suku kata
- Pantun terdiri daripada bebarapa jenis yang dikenal menurut jumlah barisnya, misalnya ;
- Pantun dua kerat
- Pantun empat kerat
- Pantun enam kerat
- Pantun lapan kerat
- Pantun sepuluh kerat
- pantun dua belas kerat
Walau bagaimanapun, jenis pantun yang masih popular sekarang ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat.
Contoh:
Sudah gaharu, cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Selain daripada itu terdapat juga pantun empat kerat yang dikenali sebagai pantun berkait iaitu pantun yang terdiri daripada beberapa rangkap yang saling berkait antara satu sama lain. Misalnya baris kedua dan keempat pada rangkap yang terdahulu dulang pada baris pertama dan ketiga dalam rangkap yang berikutnya.
Contoh:
Tabur bayam di pangkal tebu,
Buang jerami berikat rotan;
Laksana ayam kehilangan ibu,
Begitulah kami kehilangan tuan.
Buang jerami berikat rotan,
Lurutkan minyak ke daun padi;
Begitulah kami kehilangan tuan,
Yang banyak menabur budi.
Syair
Syair terdiri daripada empat baris atau empat kerat seperti pantun juga. Tetapi bunyi rima di hujung barisnya adalah sama atau selari “aa aa”. Syair tidak mempunyai pembayang maksud sebaliknya syair biasanya mempunyai tema yang tertentu yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan sebagainya. Isi syair berkisar di sekitar sesuatu kisah sejarah, misalnya Syair Singapura Dimakan Api, Syair Sultan Mahmud. Rangkap-rangkap syair terbentuk secara berurutan antara satu sama lain, malah keempat-empat baris dalam serangkap syair adalah bersambung juga. Ianya sedemikian supaya sesuatu buah fikiran dan cerita dapat disampaikan sebagai sati wacana yang lengkap.
Contoh ;
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Ilmu alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Haamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Terdapat enam jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu yang didasarkan pada isinya iaitu;
- Syair keagamaan – Syair Perahu dan Syair Dagang
- Syair kiasan – Syair Ikan Terbuk dan Syair Burung Pungguk
- Syair panji – Syair Panji Semirang dan Syair Ken Tambuhan
- Syair romantis – Syair Bidadari dan Syair Yatim Nestapa
- Syair saduran – Syair Damar Wulan dan Syair Tajul Muluk
- Syair sejarah – Syair Singapura Dimakan Api dan Syair Sultan Muhamad