REFLEKSI MINGGU 2
Pada minggu kedua ini kami diajar bagaimana cara mencari bahan pengajaran bahasa melayu yang terdiri dari bahan grafik, audio, teks dan video. Dalam tugasan minggu kedua ini kami telah mencari pelbagai jenis bahan yang boleh kami gunakan untuk mengajar nanti. Ini memerlukan kemahiran kami untuk mencari bahan yang bersesuaian dangan tahap murid dan sukatan pelajaran.
Walau bagaimanapun dalam proses pencarian ini agak sukar bagi saya mencari bahan yang sesuai dengan sukatan pelajaran ini kerana kebanyakan bahan video dan audio terutamaanya kebanyakannya bercirikan bahasa indonesia.Namun dengan bantuan rakan-rakan serta tunjuk ajar guru pembimbing akhirnya saya berjaya mencari bahan-bahan yang sesuai dengan sukatan pelajaran bahasa melayu serta bercirikan bahasa melayu.
Tambahan lagi terdapat masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan pada masa tersebut. Maka pencarian bahan menjadi ssemakin sukar. Namun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, asalkan kita sentiasa cuba dan terus mencuba untuk keluar dari masalah tersebut. Tidak setakat duduk menanti masalah selesai sendiri. Kejayaan tidak datang bergolek melainkan dengan usaha.
Demi menambah ilmu di dada saya terus berusahan mencari seberapa banyak maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan kerja mingguan ini. Saya sedar setiap maklumat ini amat berguna kelak. Tugasan ini juga bagi saya tidak sekadar mengajar saya mencari bahan yang baik malah membantu saya untuk menambah koleksi bahan dan seterusnya menambah ilmu pengetahuan saya tidak kira dalam penggunaan komputer bahkan juga dalam mata pelajaran bahasa melayu.