REFLEKSI MINGGU 4
Pada minggu ke-4 kami diberikan tugasan untu mencari bahan tidak sahaja berkaitan dengan mata pelajarn major kami bahasa Melayu malah mengenai mata pelajar yang lain juga. Ini merupakan persiapan dan persedian jika kami di minta mengajar mata pelajaran lain selain bahasa melayu di sekolah nanti.
Sebagi seorang guru kita hendaklah sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. Guru juga hendaklah berkebolehan untuk mengajar setiap mata pelajaran walaupun mata pelajaran tersebut bukan dalam bidang mereka. Oleh yang demikian, mendalami bidang lain juga adalah amat penting bagi setiap guru.
Antara bahan bagi mata pelajaran lain yang perlu kami cari adalah pendidikan agama dan moral, matematik, sains, geografi, sejarah, kesihatan, sukan dan pendidikan. Kesemua ini merangkumi semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah rendah. Walaupun kita sudah mempunyai asas pengetahuan mengenai mata pelajaran ini namun pengetahuan sahaja tidak mencukupi tanpa bantuan bahan-bahan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran sekolah rendah.
Guru yang merupakan sumber rujukan bagi pelajar mestilah sentiasa bersedia dengan ilmu yang tinggi agar dapat menjawab setiap persoalan yang diberikan. Tidak semestinya guru bahasa melayu tidak boleh menjawab solan matematik. Tidak semestinya menjadi ustaz atau ustazah baru boleh menjawab soalan berkaitan agama. Untuk melahirkan pelajar yang serba boleh guru juga seharusnya mempersiapkan diri agar menjadi guru yang serba boleh.