REFLEKSI MINGGU 5
Minggu kelima kami diajar bagaimana cara membuat pakej pembelajaran. Dalam proses penghasilan pakej pembelajaran ini kami diajar mengenai struktur yang patut adala dalam pakej pembelajaran yang bakal kami hasihkan. Kami juga diajar bagaimana cara mengedit video, gambar dan audio menggunakan perisian Movie Maker dan Corel. Selain itu kami juga diajar cara penyuntingan video.
Antara menggunakan perisisan Movie Maker dengan Corel saya memilh untuk menggunakan Corel kerana bagi saya ianya lebih senang. Namun kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dalam penyuntingan video ini kami diajar bagaimana cara memasukkan gambar, video dan audio yang telah di edit. Pada mulanya saya merasakan proses penyuntingan video ini amat sukar tetapi apabila saya telah berlatih menyunting beberapa video saya merasakan ianya tidaklah sesukar mana. Namun ianya tetap menguji kesabaran.
Dalam proses mengedit gambar saya telah mempelajari bagaimana cara untuk mengecilkan saiz gambar tersebut agar tidak terlalu berat setelah dimasukkan dalam video yang bakal kami hasilkan. Secara jujurnya pada masa itu baru saya mengetahui bahawa terdapat perisian yang tersedia untuk mengedit gambar dalam komputer saya. Tanpa saya perlu mencari perisian yang lain. Dalam minggu ini saya banyak belajar benda baru yang bagi saya amat menyeronokkan.
Akhirnya setelah kami semua mahir menggunakan perisian yang berkaitan dengan pembuatan pakej pembelajaran kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat pakej pembelajaran bersama sebelum kami menghasikan pakej pembelajaran kami secara individu. Ini membuatkan kami lebih yakin dan bersedia untuk menyiapkan pakej pembelajaran kami sendiri. Telalu banya yang saya pelajari pada minggu ini bukan sahaja dari pensyarah pembimbing malah dari rakan sekelas. Semua ini meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya dalam penggunaan komputer.