PROSA
Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita asal usul danepik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama.