SASTERA
Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castra” dan disebut “syastra” membawa erti kitab suci. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif. Kesusasteraan pula merupakan kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah (Ali Ahmad; 1994:4). Selain itu sastera merupakan menifestasi penulisnya. Iaitu merupakan satu fenomena dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan realiti kehidupan masyarakatnya (Usman Awang:1987). “sastera sebagai cerminan masyarakat” iaitu refleksi kehidupan sebenar manusia atau fenomena sekitarnya yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh penulisnya.
Sastera digunakan oleh penulis untuk mengungkapkan unsur akaliah dan keindahan ilmu. Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan, amanat, serta lontaran idea penulis untuk dikongsi bersama oleh khalayak pembacanya. untuk menghasilkan sesebuah hasil sastera penulis memerlukan gabungan daya rasa atau sensitiviti . Karya sastera yang baik selalunya berhasil meninggalkan kesan perasaan kepada khalayaknya. selain itu, sastera juga boleh mewujudkan pelbagai rasa seperti rasa simpati, benci, marah atau geram terhadap fenomena yang dipaparkan.