REFLEKSI MINGGU 1
Pada minggu pertama kami telah diajar mengenai alamat internet, fail internet dan katalog internet. Ini merupakan salah satu cara penggunaan laman sesawang dan penggunaan komputer dalam pengajaran.
Alamat internet merupakan alamat sesebuah laman sesawang yang telah dilayari. Alamat ini dapat disimpan dan memudahkan kita mencari dan menggunakan pada masa akan datang. Fail internet pula merupakan fail yang memuatkan fail dan keseluruhan laman yang kita simpan. Menggunakan fail internet ini walaupun kita tidak mempunyai talian internet kita tetap akan dapat melayari laman tersebut. Katalog alamat internet pula merupakan satu senarai yang mengandungi tajuk laman, alamat laman dan sinopsis laman. Dengan menggunakan katalog alamat internet ini lebih memudahkan saya mengetahui isi kandungan dalam laman yang telah saya simpan dalam katalog tersebut.
Pada minggu ini kami telah diarahkan untuk mencari sekurang-kurangnya 60 bahan untuk setiap fail yang dipelajari. Kami telah mencari pelbagai bahan untuk membantu kami mengajar bahasa melayu di sekolah kelak. Ini akan memudahkan kami mencari bahan pada masa akan datang agar kami tidak tercari-cari bahan pengajaran semasa kami mengajar kelak.Mempelajari pengetahuan asas penggunaan internet seperti ini merupakan satu kemestian dan tidak harus dilepaskan. Belajar sesuatu yang baru setiap hari mengenai pengguanan komputer dan internet ini merupakan satu keseronokan bagi saya. Kerana melaluinya saya dapat mempelajari pelbagai benda dan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai penyimpanan fail bagi laman sesawang ini.
Pada mulanya mendengar mengenai alamat internet tidaklah sesuatu yang janggal bagi saya tetapi bila nmendengarkan mengenai fail internet saya tidak menyangka bahawa laman sesawang juga seharusnya mempunyai fail tersenderi apatah lagi bila mendengarkan mengenai katalog internet ianya seperti satu benda yang perlu dipromosikan tetapi semua ini merupakan salah satu kaedah yang amat membantu saya untuk mencari bahan yanh telah saya simpan dengan cepat malah melaluinya saya tidak sukar untuk mencari bahan yang saya perlukaan kerana semuanya berada dalam satu tempat khas. Semua ini memudahkan lagi kerja saya dalam membuat kerja dan mengumpulkan bahan untuk persediaan saya mengajar kelak.